Wednesday, April 22, 2009

LAWATAN DAN GOTONG-ROYONG RUMAH ANAK-ANAK YATIM LEKIR








10 APRIL, 2009 – Biro Lawatan dan Biro kebajikan, Kelab Sukan dan kebajikan (KSK) Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menganjurkan program kali kedua gotong royong di Kompleks Pendidikan Manabil Ulum (KPMU), Batu 10, Lekir. Kompleks tersebut merupakan penempatan anak yatim piatu yang berasal dari keluarga fakir miskin yang kebanyakannya berasal daripada Seri Manjung, Parit, Kampung Gajah dan Beruas. Gotong royong yang turut disertai oleh seramai 50 ahli kelab telah diketuai oleh Tuan Zamri bin Man selaku Pengerusi dan Encik Azizan bin Haji Abd. Muin, Timbalan Pengerusi, KSK. Aktiviti ini dijalankan sebagai salah satu cara mendekatkan diri dengan masyarakat dan pada masa yang sama dapat melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat. Dalam program yang bermula pada jam 3 petang, warga KPMU bersama-sama KSK MPM telah membersihkan sekitar kawasan kompleks tersebut termasuk sistem perparitan.

Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM30.00, cenderahati berbentuk tuala serta ’goodies’ telah disampaikan oleh Tuan Zamri bin Man, Pengerusi, KSK dan Encik Azizan bin Haji Abd. Muin, Timbalan Pengerusi, KSK kepada seramai 25 orang anak-anak yatim di rumah anak yatim tersebut.

1 comment:

Unknown said...

Macam mana saya nk dapatkn contact rumah anak yatim ni ,sbb saya cadang nak buat program utk anak-anak yatim